KAWAN-kawan Awang dalam media banyak kali komplen pasal kebanyakan pegawai media menteri PN yang mentah, angkuh dan tak faham tugas mereka.
Mungkin banyak menteri anggap mereka ini tukang jemput orang media, edar siaran media dan atur tempat duduk. Oleh sebab itu banyaklah pegawai setahun jagung dan separuh masak yang bekerja dengan menteri.
Mereka ini anggap menteri mereka dewa jelmaan. Tugas media ialah ikut cakap mereka dan buat laporan seperti yang dimahukan. Yang peliknya mereka ini banyak yang pernah bekerja di media arus perdana.
Mungkin mereka terlalu junior jadi tak faham selok belok kerja media yang sebenar.
Apabila ada laporan media yang tak menyenangkan bos mereka, maka pegawai setahun jagung ini melenting dan jadi lebih sudu daripada kuah. Ada yang berani buat ugutan itu dan ini.
Ada juga yang cuba buat tembok keliling bos mereka. Tak bagi bos mereka jumpa media. Ada menteri yang sejak dilantik jarang sekali jumpa press.
Ada juga yang ambil sikap pilih kasih, jemput hanya ahli press yang baik dengan mereka. Ada yang berlagak macam mereka lebih berkuasa daripada bos. Bos kata begini, mereka kata begitu.
Awang sangka hanya anggota keluarga (isteri, suami atau anak) dan kroni sahaja yang boleh rosakkan menteri, nampaknya pegawai media yang jadi parasit ini pun boleh buat begitu.
Klik di sini untuk terus membaca