KOTA BHARU - Pengalaman gagal sebanyak tiga kali ketika menjalani proses pemindahan embrio bagi rawatan Persenyawaan In-Vitro (IVF) tidak pernah mematahkan semangat sepasang suami isteri ini untuk terus berusaha mendapatkan cahaya mata.
Penantian selama enam tahun Afendi Daud, 46, dan Faizah Mahmud, 45, membuahkan hasil apabila mereka dikurnia zuriat menerusi kaedah IVF.
Pasangan itu kini mengukir senyuman apabila anak sulung mereka yang dilahirkan menerusi kaedaj IVF, Aatif Fuad Afendi sudah berusia 9 tahun. Lebih menggembirakan Faizah apabila dia melahirkan anak kedua, Ammar Fuad, 7, secara semula jadi.
"Ia bukan tugas mudah kerana setiap hari saya perlu disuntik di bahagian perut sebanyak satu kali sepanjang 16 hari,” katanya.
Menurutnya, pada tahun 2010, dia terpaksa ‘berehat’ apabila dua proses Intrauterine Insemination (IUI) sebelum itu gagal.
Jelasnya, dalam penghujung tahun 2010 dia sekali lagi menggagahkan diri apabila menjalani rawatan kesuburan dan IUI dengan Dr Hamid Arshat.
Dia berkata, melalui rawatan itu Faizah membuat pembedahan laparoscopy untuk merawat endometriosis.
"Pada tahun 2011, saya dirujuk kepada Dr Ariza Mohamed untuk prosedur IVF pada Jun, tapi ia gagal.
"Alhamdulillah percubaan kedua pada penghujung November 2011 berjaya, selepas mencuba hampir 8 tahun,” katanya.
Katanya, dia membelanjakan RM20,000 untuk setiap rawatan yang dibuat di hospital swasta itu.
Klik di sini untuk terus membaca