AWANG tak tahulah jikalau suara dalam perbualan telefon itu suara Tuk Seri Anwar dan Tuk Seri Zahid. Ada yang yakin benar itu suara mereka berdua. Ada yang kata suara dan percakapan itu direka, maklum menggunakan teknologi canggih hari ini.... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tak tahulah jikalau suara dalam perbualan telefon itu suara Tuk Seri Anwar dan Tuk Seri Zahid.

Ada yang yakin benar itu suara mereka berdua. Ada yang kata suara dan percakapan itu direka, maklum menggunakan teknologi canggih hari ini.

Bagi Awang, yang penting kejujuran masing-masing. Jika benar mereka yang berbual seperti tular dalam media sosial, mengaku sahajalah. Tak ada gunanya menafikan atau menganggapnya konspirasi jijik mana-mana pihak.

Adat orang berpolitik kena ambil tanggungjawab. Memang Awang tak terperanjat jika rakaman audio sepanjang 4 minit dan 17 saat itu hasil perbuatan jahat musuh mereka. Memang Tuk Seri Zahid banyak musuh.

Lagipun dia cakap begitu lantang dan garang ‘No Anwar, No DAP’ di hadapan perwakilan masa PAU terbaru.

Tiba-tiba dia dituduh bercakap dengan Tuk Seri Anwar, siap mengaku anak murid pada Tuk Seri Anwar. Memang cara cakap itu buat orang percaya gaya Tuk Seri Zahid.

Tan Sri Annuar Musa minta kedua-duanya lafaz sumpah laknat macam Bossku Tuk Seri Najib dalam kes Altantuya. Tan Sri Shahidan secara sinis tawar diri nak buat laporan polis sebab sayangkan Presiden UMNO.

Awang bersetuju dengan banyak pandangan kalau betul Tuk Zahid yang dalam audio itu, beliau sebenarnya memperdaya ahli UMNO.

Sama-samalah kita tengok wayang gambar terbaharu politik kita.

Klik di sini untuk terus membaca