AWANG tengok Tuk Seri Anwar ditanya oleh Profesor Agus tentang rakaman audio yang dikatakan membabitkan beliau dan Tuk Seri Zahid Hamidi.
Profesor Agus tanya soalan mudah, apakah suara dalam rakaman itu suara Tuk Seri Anwar dan apakah beliau dah buat laporan polis seperti yang dijanjikannya.
Tuk Seri Anwar naik berang lalu bangkitkan soal siapa yang mengintip dan bagaimana rakaman itu boleh ditularkan.
Tapi Tuk Seri Anwar tak jawab soalan yang ditanyakan. Dia tanya apakah perbualan itu ‘satu kesalahan’ kalaupun benar ia tulen?
Dia tanya ‘Apa isunya?’ Kata Tuk Seri Anwar rakaman itu sengaja nak alih perhatian rakyat daripada isu rasuah, penggantungan Parlimen dan usaha bantu rakyat.
Awang rasa pelik juga mengapa Tuk Seri Anwar begitu defensif dalam hal rakaman audio itu.
Macam kata beliaulah, kalau tak ada khianat, tak ada rahsia dan tak ada kesalahan jenayah, apa salahnya mengaku sahaja.
Kalau betul tulen audio itu Tuk Seri Anwar tak rugi apa-apa pun.
Kesan buruknya pada Tuk Seri Zahid yang sebenarnya berbohong pada parti yang dipimpinnya.
Jikalau audio itu tak tulen kedua-duanya tak perlu gelabah, gentar atau melompat.
Biarlah polis menyiasat perkara berkenaan. Berani kerana benar, kata orang tua-tua.
Klik di sini untuk terus membaca