AWANG rasa ada yang tak kena cara kita tangani wabak Covid-19 akhir-akhir ini. Dalam keadaan banyak negara lain menunjukkan kemajuan, kita masih berdepan dengan jumlah jangkitan harian empat angka.
Menteri Kesihatan sendiri mengakui bahawa unjuran kes jangkitan akan menurun kurang daripada 500 sehari dalam bulan Mei nampaknya tak mungkin berlaku.
Bulan puasa dah bermula. Kita benarkan orang solat tarawih di masjid dan surau dengan SOP yang ketat. Berserilah semula masjid dan surau kita. Kerajaan juga bagi kelonggaran untuk buka bazar Ramadan.
Awang puji langkah itu. Memang kita perlu fikirkan soal nak selamat nyawa selain nak selamatkan mata pencarian rakyat. Rakyat dah lebih setahun menderita. Bagi peniaga kecil, tambah seksa lagi. Berapa banyak duit kerajaan nak curah pada peniaga kecil macam Mak Cik Kiah.
Tan Sri Perdana Menteri sendiri pun dah mengaku bahawa duit kerajaan dah berkurang.
Memang kaedah tabur duit sekali sekala pada rakyat tak membantu.
Sebaliknya kegiatan perniagaan harus dikuatkan. Tak boleh main lockdown sahaja. Matilah perniagaan. Tapi bila buka peluang, janganlah pula disalahgunakan.
Awang juga nak cadangkan pada kerajaan supaya kekalkan larangan merentas negeri. Lebih-lebih lagi pada hari raya nanti.
Memang itu tak disukai oleh umat Islam. Kata orang hilanglah seri Syawal apabila kita tak balik kampung.
Tapi memandangkan keadaan ancaman gelombang baharu yang mendatang, nampaknya itulah langkah yang terbaik.
Klik di sini untuk terus membaca