MERAK Jalanan dapat rasakan sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini pasti suram selepas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mencadangkan supaya rentas negeri disekat dan pakej beraya di kampung ditangguhkan. Walaupun ia adalah... Klik di sini untuk terus membaca

MERAK Jalanan dapat rasakan sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini pasti suram selepas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mencadangkan supaya rentas negeri disekat dan pakej beraya di kampung ditangguhkan.

Walaupun ia adalah cadangan dan belum diluluskan, kebarangkalian cadangan itu disokong Majlis Keselamatan Negara adalah tinggi berdasarkan kepada situasi jangkitan kes yang berlaku ketika ini.

Sekiranya larangan tersebut menjadi kenyataan, maka tahun ini adalah kali kedua umat Islam tidak dapat pulang ke kampung.

Rakyat Malaysia terpaksa patuh kepada arahan kerajaan walaupun dalam diri masing-masing perasaan membuak-buak mahu sambut raya bersama keluarga terutama ibu bapa yang kesunyian di kampung halaman.

Kepatuhan rakyat Malaysia jelas dapat dilihat apabila persediaan untuk menyambut hari raya tidak lagi semeriah dulu.

Contohnya seorang tukang jahit di Pasar Besar Kuantan, Rofiah Mat Ali mengakui tempahan diterima kali ini hanya 60 helai berbanding 200 helai sebelum ini.

Kebiasaannya pada awal Ramadan dia tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan, tetapi kali ini menyambut bulan puasa tanpa ditemani kain yang bertimbun.

Jika ditinjau di sektor lain, reaksi tetap sama iaitu persediaan raya tidak lagi meriah kerana penangan Covid-19.

Cumanya ada satu golongan yang sudah meraikan kemeriahan Syawal dengan iklan promosi aktiviti perjudian.

Dengan menggunakan latar muzik lagu hari raya, penyanyi dan pelakon Islam dalam video iklan itu galak mengajak orang ramai untuk berjudi.

Sungguh tidak sensitif dan mengundang bala. Merak Jalanan benar-benar kecewa.

Sudahlah tidak dapat pulang beraya, geng judi buat onar menghina kesucian agama.

Klik di sini untuk terus membaca