AWANG faham kemarahan orang Melayu dan umat Islam terhadap video promosi judi yang tular itu.
Para ulama, orang politik, orang ramai dan netizen melenting dengan apa yang berlaku.
Pihak polis pun cepat bertindak. Setakat ini 18 orang telah ditangkap, termasuk pengarah, komposer dan penyanyi.
Bukan Awang nak pertahankan mereka. Kebanyakan mereka mungkin tak faham implikasi perbuatan mereka terlibat dalam video itu.
Mungkin mereka anggap itu satu cara nak tunjuk bakat dan dapat duit sedikit.
Bagi yang terlibat dan ditahan ini tentulah trauma bagi mereka dan ibu bapa mereka. Masa depan mereka akan tercemar.
Pada pendapat Awang, tindakan menasihat dan mengingatkan mereka perlu dibuat oleh semua pihak.
Jangan lupa kaunseling agar mereka insaf dan tidak mengulangi kesilapan itu.
Ada yang berkata kalaulah reaksi Melayu dan umat Islam sama agresifnya dengan mereka yang terbabit dengan najis rasuah, alangkah baiknya.
Bayangkan ulama, orang politik, orang ramai dan netizen suarakan kemarahan mereka serentak. Orang yang terbabit rasuah mengkayakan diri sendiri, merosakkan masyarakat, menjejaskan pembangunan dan sebabkan kebocoran wang negara. Mereka curi duit rakyat!
Jangan kita desak anak-anak yang terbabit dalam video itu dikenakan tindakan tegas tapi kita jadikan mereka yang terbabit rasuah sebagai hero dalam masyarakat.
Yang mana lebih jijik di mata kita, bangsa, negara dan agama agaknya?
Klik di sini untuk terus membaca