BANYAKLAH orang yang sepatutnya disuntik dengan vaksin bertanya, mana vaksinnya? Khabarnya mereka akan diberitahu dalam aplikasi MySejahtera. Khabarnya juga dah sejuta orang disuntik tapi yang lain macam mana?
Ada pula berita bahawa bekalan vaksin lambat datangnya. Selama ini kita diberitahu semua pengeluar dah bagi jaminan tak ada masalah bekalan.
Makin lambat suntikan diberikan makin banyak cerita yang terdengar. Khabar angin kat luar sana makin panas. Ada yang kata vaksin jenis itu mudarat, jenis ini tidak.
Ada yang berkempen tolak vaksin. Ada pula cerita orang potong barisan. Ada khabar angin orang tertentu dapat vaksin di luar negara. Pendeknya macam-macamlah.
Baru-baru ini ada kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa terdapat 40 orang petugas kesihatan barisan depan yang dah divaksin secukupnya tapi kena jangkitan Covid-19.
Rakyat nak tahu kenapa dan bagaimana hal itu boleh berlaku. Kalau petugas kesihatan barisan hadapan pun masih tak selamat, bagaimana tentang rakyat?
Kat luar sana orang dah mula bertanya kecekapan kita tangani soal wabak ini. Ada yang buat bandingan dengan negara lain. Ada yang cadangkan kita nilai semula cara kita.
Khabarnya gelombang keempat akan berlaku. Dr Noor Hisham sendiri akui bahawa terdapat 14 kluster baharu termasuk enam kluster pendidikan dua hari lepas. Angka jangkitan baharu kekal empat angka kebelakangan ini.
Nampaknya Menteri Khairy Jamaluddin kena jelaskan memang Malaysia tak lembab dalam soal ini.
Klik di sini untuk terus membaca