AWANG tak setuju kalau semua sekolah di seluruh negara ditutup akibat wujudnya kluster sekolah seperti sekarang. Memang Awang rasa cemas dengan jangkitan Covid-19 membabitkan warga sekolah. Nampaknya jumlah sekolah yang terbabit bertambah... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tak setuju kalau semua sekolah di seluruh negara ditutup akibat wujudnya kluster sekolah seperti sekarang. Memang Awang rasa cemas dengan jangkitan Covid-19 membabitkan warga sekolah. Nampaknya jumlah sekolah yang terbabit bertambah saban hari.

Awang setuju dengan persatuan guru dan persatuan ibu bapa bahawa penutupan sekolah patut jadi langkah terakhir.

Penutupan cara pukal akan timbulkan lebih banyak masalah. Sudah tentu jutaan pelajar akan terlibat. Sudah begitu lama mereka tinggalkan sekolah, baru sahaja dibuka, ditutup semula.

Memang keselamatan warga sekolah jadi keutamaan kita. Tapi biarlah sekolah yang terbabit sahaja yang ditutup dan bukan semua sekolah. SOP lebih ketat patut dilaksanakan di sekolah bagi elakkan bahaya jangkitan.

Jangkitan di sekolah ini bukan bermula dari sekolah. Tapi pendedahan yang berlaku di luar. Kata Menteri Kesihatan ia berpunca daripada pergerakan semasa cuti sekolah pada bulan April lalu.

Menurut beliau pada masa ini terdapat 83 kluster aktif membabitkan sektor pendidikan.

Hal ini memang mencemaskan. Namun begitu kesan negatif lebih banyak kalau semua sekolah ditutup. Kementerian patut fikirkan sistem pusingan bagi pelajar yang hadir ke sekolah untuk mengurangkan pendedahan pelajar.

Sementara itu kementerian juga patut kuatkan kaedah PdPR atau pembelajaran atas talian bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Klik di sini untuk terus membaca