AWANG naik bingung sekarang. Nampaknya rakaman perbualan orang-orang besar dan yang berpengaruh makin menjadi-jadi beredar sekarang. Yang terbaru membabitkan Menteri Dalam Negeri sendiri, Tuk Seri Hamzah Zainuddin. Baru saja menteri... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG naik bingung sekarang. Nampaknya rakaman perbualan orang-orang besar dan yang berpengaruh makin menjadi-jadi beredar sekarang. Yang terbaru membabitkan Menteri Dalam Negeri sendiri, Tuk Seri Hamzah Zainuddin.

Baru saja menteri berkenaan bercakap pasal kesahihan perbualan telefon di antara Presiden UMNO, Tuk Seri Zahid Hamidi dengan Ketua Pembangkang, Tuk Seri Anwar Ibrahim. Bila diminta komen Tuk Seri Hamzah kata kenapa kedua-duanya nak marah?

Tiba-tiba keluar pula rakaman audio yang tular yang mirip suara beliau sendiri. Kali ini melibatkan perbualan tentang soal kenaikan pangkat dan kedudukan pegawai kanan polis. Audio itu jadi panas kerana beliau dikatakan mengarahkan tangguh pertukaran pegawai kanan polis yang dibuat oleh Ketua Polis Negara sebelum ini.

Ada disebutkan dalam perbualan audio yang tular itu tentang meletakkan ‘orang kita’ di tempat tertentu.

Tuk Seri Hamzah tak perlu marah dengan rakaman yang tular itu kalau betul bukan dia. Oleh sebab hal ini babitkan kepentingan awam, siasatan perlu juga dibuat macam kes video Anwar-Zahid. Lagipun tentulah rakyat nak tahu bagaimana cara yang digunakan dalam soal pelantikan pegawai kanan polis, apakah atas dasar ‘orang kita’ atau merit seseorang.

Dari awal lagi Awang tak setuju perbuatan merakam perbualan orang. Tindakan ini jahat dan tak bermoral. Kalau menteri pun boleh diskodeng bayangkan nasib rakyat macam kita?

Klik di sini untuk terus membaca