[INFOGRAFIK] Nilai jualan Perdagangan Borong dan Runcit Malaysia merekodkan RM112.8 bilion pada bulan Mac 2021, sekali gus mencatatkan pertumbuhan positif 9.3 peratus tahun ke tahun (YoY). Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Nilai jualan Perdagangan Borong dan Runcit Malaysia merekodkan RM112.8 bilion pada bulan Mac 2021, sekali gus mencatatkan pertumbuhan positif 9.3 peratus tahun ke tahun (YoY).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kenaikan tersebut disumbangkan oleh kenderaan bermotor yang merekodkan peningkatan dua digit sebanyak 40.7 peratus.

"Perdagangan runcit dan perdagangan borong juga masing-masing meningkat sebanyak 10.5 peratus dan 1.8 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bagi indeks volum pula, beliau berkata, perdagangan borong dan runcit mencatatkan pertumbuhan 9.1 peratus tahun ke tahun untuk mencapai 131.0 mata.

"Kenaikan ini disebabkan oleh peningkatan 38.0 peratus pada kenderaan bermotor.

"Perdagangan runcit dan perdagangan borong turut merekodkan pertumbuhan positif masing-masing 9.6 peratus dan 2.3 peratus,” katanya.

Bagi indeks volum pelarasan musim, Dr Mohd Uzir berkata, ia menguncup -1.6 peratus bulan ke bulan pada Mac 2021.

Berdasarkan nilai jualan bulan ke bulan, perdagangan borong dan runcit menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan menjelang Suku Pertama (S1) 2021.

Bagaimanapun, peningkatan hanya berlaku antara bulan Februari dan Mac manakala dari Januari ke Februari pula berlaku kemerosotan nilai jualan.

Senario tersebut boleh dilihat dengan jelas menerusi carta perbandingan yang dibuat bermula dari Januari hingga Mac 2021.

Pada Februari, nilai jualan perdagangan borong merosot 0.1 peratus kepada RM52.6 bilion berbanding RM55.4 bilion pada bulan sebelumnya namun jumlah tersebut meningkat 1.8 peratus kepada RM52.7 bilion.

Bagi perdagangan runcit, nilai jualannya merosot 2.1 peratus kepada RM44.3 bilion pada Februari berbanding RM45.6 bilion pada Januari.

Bagaimanapun, nilai jualannya melonjak sebanyak 10.5 peratus pada Mac kepada RM45 bilion.

Sementara kenderaan bermotor pula, nilai jualannya terus meningkat sejak Januari.

Bermula dengan RM10.6 bilion pada Januari, jumlahnya menokok 0.1 peratus kepada RM11.1 bilion (Februari) dan menokok lagi 40.7 peratus kepada RM15 bilion (Mac).

Klik di sini untuk terus membaca