KUALA LUMPUR - Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia menggesa agar kerajaan memberi bantuan secara one-off kepada penjaja bazar Ramadan dan Aidilfitri yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia menggesa agar kerajaan memberi bantuan secara one-off kepada penjaja bazar Ramadan dan Aidilfitri yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Presidennya, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, PKP 3.0 yang berkuat kuasa pada JKhamis di Selangor dan Jumaat di Kuala Lumpur telah menyebabkan penjaja mengalami kerugian besar.

Menurutnya, kebanyakan penjaja sudah mula menambah stok barang perniagaan kerana kebiasaannya jualan mereka akan memuncak selepas hari Nuzul al-Quran.

"Selalunya pelanggan tidak akan beli barang persiapan raya awal, selalunya mereka akan beli pada hujung-hujung.

"Jadi peniaga akan menambah stok pada penghujung Ramadan.

"Tapi apabila PKP 3.0 diumumkan, pelanggan berkurang ke bazar, jadi stok peniaga tidak akan terjual banyak dan akan mengalami kerugian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa agar badan berkuasa tidak terlalu menekan penjaja-penjaja dengan mengenakan tindakan tegas dan denda kepada mereka.

Ujarnya, perkara tersebut hanya akan mengeruhkan keadaan selain turut memberi impak yang negatif kepada penjaja.

"Saya rasa pihak berkuasa perlu ada hati budi terhadap penjaja, jangan fikir asyik nak kompaun mereka sahaja.

"Cuba fikir satu solusi untuk tolong mereka kembali berniaga. Kalau tiada solusi, jangan bagi berniaga, bagi bantuan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca