HARI Isnin lepas kita buat rekod, bukan rekod gemilang tapi rekod sedih. Seramai 47 orang rakyat Malaysia meninggal dunia pada Selasa akibat Covid-19. Ia jumlah kematian paling banyak dalam sehari setakat ini. Sekali lagi Awang nak ingatkan... Klik di sini untuk terus membaca

HARI Isnin lepas kita buat rekod, bukan rekod gemilang tapi rekod sedih.

Seramai 47 orang rakyat Malaysia meninggal dunia pada Selasa akibat Covid-19. Ia jumlah kematian paling banyak dalam sehari setakat ini.

Sekali lagi Awang nak ingatkan kerajaan, supaya pastikan maklumat wabak itu sampai ke bawah dengan betul. Ia termasuk rancangan vaksinasi yang timbulkan banyak kekeliruan rakyat.

Apabila kerajaan tawarkan vaksin AstraZeneca ramailah rakyat yang mendaftar. Ini termasuk mereka yang berumur lebih 60 tahun.

Puncanya, mereka tak tahu bila vaksin untuk mereka akan dapat.

Jadi mereka mendaftar bersama-sama dengan anak-anak muda untuk dapatkan vaksin itu.

Jikalau kerajaan kata, AstraZeneca yang ditawarkan itu hanya untuk mereka di bawah 60 tahun atau mereka yang berumur 60 tahun ke atas, tentu lebih mudah. Ini kes terbuka pada semua.

Pada waktu yang sama, Awang tengok penyampaian maklumat dah makin celaru.

Dulu kita tahu jurucakap Covid-19 ialah Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Nor Hisham Abdullah.

Akhir-akhir ini, Menteri Kesihatan pula sudah banyak bersuara.

Baru-baru ini, dia pula yang umumkan besar kemungkinan Selangor akan laksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) penuh jikalau keadaan jangkitan jadi lebih buruk.

Macam manalah rakyat tak keliru jikalau semua menteri nak kejar publisiti?

Klik di sini untuk terus membaca