KUALA LUMPUR - Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali menyifatkan sokongan pemimpin dan rakyat Malaysia terhadap negaranya tidak boleh dipertikaikan. Ini kerana menurut Walid, isu Palestin amat dekat di hati semua rakyat Malaysia dan ia... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali menyifatkan sokongan pemimpin dan rakyat Malaysia terhadap negaranya tidak boleh dipertikaikan.

Ini kerana menurut Walid, isu Palestin amat dekat di hati semua rakyat Malaysia dan ia menyatukan rakyat negara ini tanpa mengira perbezaan latar belakang.

"Bermula daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan agar solat hajat diadakan bagi mendoakan kesejahteraan Palestin, diikuti Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama dengan Indonesia dan Brunei yang mengeluarkan kenyataan solidariti bagi mengutuk serangan rejim Israel ke atas Palestin.

"Mesej jelas turut disampaikan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah kenyataan bekas perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir juga jelas,” katanya lagi.Tambah Walid, semua rakyat Malaysia sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang masing-masing mempamerkan solidariti dan sokongan terhadap Palestin, termasuklah pihak NGO.

"Tiada siapa boleh mempertikaikan sokongan kuat yang diterima Palestin daripada rakyat Malaysia. Sebagai Duta Palestin, saya amat berterima kasih dan berharap rakyat Malaysia akan terus bersatu menyokong Palestin,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca