MENURUT khabarnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersidang semalam untuk buat keputusan apakah perlu dilaksanakan PKP sepenuhnya (total lockdown) atau tidak. Awang di antara orang yang sangat khuatir apa yang berlaku sekarang. Jangkitan... Klik di sini untuk terus membaca

MENURUT khabarnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersidang semalam untuk buat keputusan apakah perlu dilaksanakan PKP sepenuhnya (total lockdown) atau tidak.

Awang di antara orang yang sangat khuatir apa yang berlaku sekarang. Jangkitan dah meningkat lebih 6,000 kes sehari.

Tapi Awang juga khuatir kesan PKP penuh. Apa jadinya pada ekonomi kita. Memang kita patut imbangi di antara matlamat nak selamatkan nyawa dan nak selamatkan kehidupan rakyat. PKP penuh akan jejaskan ekonomi dan mata pencarian rakyat.

Pada pendapat Awang kerajaan tentu akan fikirkan masak-masak keputusan yang terbaik. Banyak pendapat mengatakan jikalau dibuat PKP penuh ekonomi akan hancur. Rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan yang bekerja sendiri akan terjejas dengan teruk.

Jikalau tidak dibuat PKP penuh, bahaya jangkitan akan lebih buruk. Dalam keadaan sekarang pun keadaan di hospital kita dah semakin meruncing.

Awang cadangkan elakkan PKP penuh. Ekonomi susah nak pulih semula. Sebanyak manakah kerajaan nak bantu Mak Cik Kiah dan mereka dalam B40? Berapa banyak lagi akan hilang kerja?

Sebaliknya perketatkan SOP. Jangan kompromi lagi. Siapa yang langar SOP, kenakan tindakan. Tak kiralah menteri atau selebriti. Jangan sampai ada dua darjat bila nak kenakan kompaun dan jatuhkan hukuman.

Pada waktu yang sama cepatkan proses vaksinasi sebanyak mungkin rakyat dapat dilindungi.

Klik di sini untuk terus membaca