SHAH ALAM - Majikan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga mengakibatkan pekerjanya dikompaun disifatkan sebagai melampau, tidak adil dan satu bentuk penindasan. Pemangku Presiden... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Majikan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga mengakibatkan pekerjanya dikompaun disifatkan sebagai melampau, tidak adil dan satu bentuk penindasan.

Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, majikan hendaklah dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas pelanggaran SOP yang dilakukan oleh pihak mereka.

"Jika majikan melanggar SOP seperti waktu beroperasi lebih masa dan lebih kapasiti individu yang bekerja dalam satu premis seperti yang berlaku baru-baru ini, dalam hal itu pekerja tiada kawalan terhadap arahan yang ditetapkan pengurusan.

"Pekerja hanya menjalankan kerja mereka mengikut arahan majikan demi kelangsungan hidup, pekerjaan dan pendapatan mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Jelasnya, tindakan tegas perlu diambil terhadap majikan yang mengambil kesempatan dan menjadikan pekerja sebagai mangsa keadaan.

Ujar beliau, mana-mana pekerja yang ingin menyalurkan aduan mengenai ketidakadilan itu boleh berbuat demikian di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) atau menghubungi MTUC.

Pekerja juga boleh membuat aduan melalui aplikasi Working for Workers (WFW) bagi menangani aduan terhadap isu-isu perburuhan yang dikemukakan.

"Segala isu atau maklum balas yang diterima melalui aplikasi WFW akan diambil tindakan melalui kerjasama strategik pejabat buruh di seluruh negara yang berhampiran kawasan premis pekerja berkenaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, MTUC berharap agar MITI menjelaskan syarat yang membolehkan sektor perkilangan dalam perkhidmatan perlu beroperasi.

Jelasnya, ia membolehkan pekerja membuat penilaian seterusnya melaporkan kepada MITI jika syarikat tidak memenuhi syarat-syarat untuk beroperasi.

"Jika tidak pekerja boleh disaman oleh pihak berkuasa atas kesalahan tidak mengikut SOP semasa bekerja,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca