BERCAKAP pasal menteri, Awang terkedu juga baca posting Menteri Kanan Pertahanan, Tuk Seri Ismail Sabri dalam Instagram yang ada fotonya menutup pintu dengan kapsyen: "Saya dah tutup pintu depan...” Maka riuh rendahlah netizen dengan... Klik di sini untuk terus membaca

BERCAKAP pasal menteri, Awang terkedu juga baca posting Menteri Kanan Pertahanan, Tuk Seri Ismail Sabri dalam Instagram yang ada fotonya menutup pintu dengan kapsyen: "Saya dah tutup pintu depan...”

Maka riuh rendahlah netizen dengan posting itu. Apakah maksud sebenarnya? Tuk Seri Ismail sindir siapa?

Betulkah dia tutup pintu depan, ada orang buka pintu belakang? Kenapa dua-dua tak sama-sama tutup pintu depan dan belakang?

Entahlah, Awang tak pandai nak buat spekulasi. Tapi khabarnya ada yang tak kena antara menteri-menteri yang terlibat.

Khabar angin kata sampai ada pertengkaran. Bukan main hebat cerita di luar sana.

Kata orang tak ada angin takkan pokok bergegar. Awang harap semua itu spekulasi belaka.

Banyak yang setuju dengan Tuk Seri Ismail, kalau hendak buat PKP buat betul-betul. Jangan separuh jalan.

Kalau 128,150 syarikat diberi kebenaran beroperasi dengan 1.57 juta pekerja itu bukan lockdown namanya.

Jikalau semua orang dapat pengecualian tak usahlah buat PKP.

Rakyat tak mahu tahu masalah peribadi dan ego menteri.

Rakyat dah puas bersabar sejak Mac tahun lepas. Kita dalam keadaan PKP dah 14 bulan.

Kalau PKP kali ini tak berjaya juga habislah kita. Oleh sebab itu, kena pastikan PKP kali ini betul-betul berkesan.

Macam kata mantan Tun Perdana Menteri, PKP kali ini tak nampak macam PKP pun.

Klik di sini untuk terus membaca