SKUAD Harimau Malaya dituntut bangkit memperagakan rentak permainan lebih bertenaga menjelang pertemuan menentang Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai pada 12 Jun ini. Bekas penyerang... Klik di sini untuk terus membaca

SKUAD Harimau Malaya dituntut bangkit memperagakan rentak permainan lebih bertenaga menjelang pertemuan menentang Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai pada 12 Jun ini.

Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus berkata, kekalahan besar 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu di Stadium Zabeel, Dubai pada awal pagi Jumaat lalu seharusnya menjadi pengajaran berguna buat Harimau Malaya.

Malah, Khalid berkata, sekarang bukan masanya menyalahkan mana-mana pemain atas kekalahan itu, sebaliknya beliau meminta anak-anak buah Tan Cheng Hoe kembali bangkit sebelum berdepan Vietnam.

"Memang diakui pemain naturalisasi gagal memberi sumbangan besar kepada pasukan kebangsaan ketika menentang UAE. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan mereka semata-mata.

"Secara keseluruhannya, prestasi semua pemain dilihat serba tak kena dalam perlawanan itu. Hanya ada beberapa pemain yang boleh diberikan kredit seperti penjaga gol, pemain pertahanan tetapi barisan tengah out dan bahagian serangan pula tak perlu sebutlah.

"Namun, sekarang bukan masanya untuk kita bercakap pasal naturalisasi, sekarang kita bercakap soal nak lawan Vietnam. Ini perlawanan do or die dan jika nak bercakap pasal naturalisasi, bila mereka dah balik sini (Malaysia) nanti.

"Sekarang masanya pemain-pemain pasukan Malaysia fokus untuk menghadapi Vietnam sebelum mereka bertemu Thailand. Lupakan saja apa yang dikatakan netizen (warganet) dalam beberapa hari ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Hashim Mustapha

Dalam pertemuan menentang UAE, prestasi Harimau Malaya khususnya trio naturalisasi - Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh mendapat kecaman hebat peminat dan penyokong bola sepak tanah air.

Ketiga-tiga pemain naturalisasi berkenaan dilihat gagal menjelmakan impak positif sebagaimana yang diharapkan sehingga dianggap sebagai antara penyumbang kepada kekalahan besar Harimau Malaya kepada UAE.

Seorang lagi bekas penyerang kebangsaan, Hashim Mustapha pula memberitahu, tidak ada salahnya jika Cheng Hoe menurunkan kesemua pemain tempatan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya ketika berdepan Vietnam nanti.

"Tetapi sebenarnya siapa juga yang diturunkan perlu segera melupakan kekalahan kepada UAE. Para pemain kena bangkit mencipta kemenangan kerana dalam bola sepak ada tiga perkara, pertama main cantik dan menang, kedua main cantik tetapi kalah dan ketika main tak cantik tetapi menang.

"Apa pun, segala keputusan kini terletak kepada coach Tan Cheng Hoe, sama ada untuk menurunkan pemain tempatan atau tetap dengan percaturannya menurunkan pemain naturalisasi berkenaan.

"Cuma sekiranya pemain naturaliasi berkenaan diturunkan, mereka diharapkan dapat memberikan sesuatu yang luar biasa bagi menebus semula kesilapan-kesilapan yang dilakukan ketika menentang UAE,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca