SHAH ALAM - Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) beranggapan bahawa tiada sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka sekiranya melalukan kesalahan. Peguam, Norman Fernandez... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) beranggapan bahawa tiada sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka sekiranya melalukan kesalahan.

Peguam, Norman Fernandez berkata, warga Rohingya itu bebas menunggang motosikal, motosikal tiga roda dan berniaga tanpa lesen.

"Pemegang kad ini, mereka fikir mereka adalah kebal. Ini andaian mereka. Walaupun dengan ada kad ini mereka boleh bergerak bebas, namun mereka ingat boleh bawa motor tanpa perlu ada lesen. Mereka boleh berniaga dengan hanya tunjuk kad.

"Mereka tahu sekiranya mereka ditangkap, mereka tunjuk kad dan boleh dilepaskan. Ini jadi kelebihan untuk mereka. Mereka ditahan, polis hanya ambil maklumat dan terpaksa lepaskan.

"Mereka ditahan atas apa kesalahan, dia orang akan lepas. Pendapat mereka, tiada sebarang tindakan boleh dikenakan kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tegas Norman, mereka hanya akan dikenakan tindakan sekiranya melakukan sebarang kesalahan besar seperti mencuri, membunuh dan sebagainya.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar kerajaan menghalang serta merta UNHCR mengeluarkan kad tersebut agar perkara itu tidak berleluasa di negara Malaysia.

Katanya, kerajaan perlu menegaskan untuk tidak mengiktiraf dan membatalkan sebarang kad pengenalan diri yang dikeluarkan oleh UNHCR.

"Semua kad yang dipegang oleh pati Rohingya tidak lagi diiktiraf dan terbatal. Ketiga, adalah urusan kerajaan Malaysia untuk keluarkan apa apa kad pengenalan.

"UNHCR hanya mengemukakan data-data terperinci. Kemukakan cap jari dan sebagainya. Tanggungjawab mereka hanya setakat memberikan maklumat tentang Rohingya. Kemudian kad pengenalan diri dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: RM3,000 dah boleh masuk Malaysia

Penduduk tempatan seolah-olah dipinggirkan

Klik di sini untuk terus membaca