AWANG terkejut dengan kenyataan Datuk Ameer Ali Mydin, Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera yang kata, "kami sudah hampir mati.” Maksudnya majoriti peniaga sektor peruncitan terutamanya peniaga-peniaga Melayu dalam keadaan parah. Beliau... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG terkejut dengan kenyataan Datuk Ameer Ali Mydin, Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera yang kata, "kami sudah hampir mati.”

Maksudnya majoriti peniaga sektor peruncitan terutamanya peniaga-peniaga Melayu dalam keadaan parah.

Beliau yang juga terkenal sebagai pemilik rangkaian Mydin mendakwa sebetulnya kerajaan tidak faham keadaan sebenar dalam dunia niaga peruncitan.

Beliau akui peniaga sudah ‘habis daya’ nak selamatkan perniagaan masing-masing.

Kata beliau, Kementerian Kewangan umumkan peniaga boleh mohon moratorium daripada bank. Tetapi kenyataannya terlalu banyak birokrasi nak dapatkan moratorium itu.

Dalam keadaan peniaga buntu bank mahu mereka kemukakan penyata akaun, buat unjuran perniagaan serta macam-macam lagi. Inikah cara nak menolong?

Kata beliau lagi, mengapa kerajaan tidak arahkan bank memberikan moratorium automatik pada mereka yang berhutang? Bukan kerajaan dan bank tidak tahu semua peniaga bermasalah.

Awang terkejut juga apabila beliau kata sejak PKP pertama lagi, Kementerian Kewangan tidak pernah menemui persatuan peniaga Bumiputera untuk mengetahui masalah yang mereka hadapi.

"Perniagaan dah lingkup dan keadaan hampir mati tetapi mana pelan tindakan untuk selamatkan kami?” Tanya beliau.

Awang anggap serius kenyataan Ameer ini. Di belakang beliau adalah ribuan peniaga Melayu yang mengharapkan bantuan tetapi bak kata orang macam menunggu buah tak gugur.

Inginlah Awang bertanya, apa komen Menteri Kewangan kita?

Klik di sini untuk terus membaca