BEKAS penggempur berbisa Harimau Malaya, Safee Sali mengakui risau dengan nasib penyerang tempatan dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) pada masa akan datang. Safee berkata, tindakan kebanyakan pasukan yang terlalu memberikan kepercayaan... Klik di sini untuk terus membaca

BEKAS penggempur berbisa Harimau Malaya, Safee Sali mengakui risau dengan nasib penyerang tempatan dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) pada masa akan datang.

Safee berkata, tindakan kebanyakan pasukan yang terlalu memberikan kepercayaan kepada pemain import untuk membarisi jentera serangan akan memberikan kesan kepada bakat penyerang tempatan.

"Penyerang tempatan kita dah banyak tercicir daripada saingan liga. Saya sendiri terasa sebab kalau kita nak main untuk satu-satu pasukan, kita perlu bersaing dengan pemain import.

"Sudah tentu banyak jurulatih akan letakkan pemain import di bahagian serangan. Penyerang tempatan tak boleh jaringkan gol? Kami (penyerang tempatan) pun boleh jaringkan gol.

"Saya tidak nampak lagi generasi penyerang tempatan yang baharu diberikan kepercayaan bermain. Sebab itu saya terus bermain untuk membuktikan anak tempatan terutama penyerang boleh jaringkan gol.

"Perkara ini tidak boleh berterusan, kesannya sudah tentu kepada pembangunan pemain tempatan dan kepada Harimau Malaya," katanya dalam satu rancangan temubual di laman YouTube The Azman Adnan baru-baru ini.

Safee bukanlah nama asing dalam saingan bola sepak Malaysia apabila dia pernah menjadi antara penyerang tempatan paling berbisa ketika mewakili pasukan Liga-M mahupun Harimau Malaya.

Malah, kemuncak prestasi pemain kelahiran Selangor yang kini berusia 37 tahun itu bersama pasukan kebangsaan memuncak ketika membantu Harimau Malaya memenangi Piala AFF 2010.

"Kepercayaan perlu diberikan kepada pemain tempatan sebab apa guna pelapis kalau import yang main. Kadang-kadang ada penyerang import yang 'berat dan lambat' tetapi masih diberi peluang bermain.

"Macam saya dulu pun bukan terus bagus, tetapi jurulatih beri kepercayaan. Kalau anda semua ingat, liga (Liga-M) pada 2009 dan 2010 kita tak ada import, sebab itu pemain tempatan kita menyerlah dan pasukan kebangsaan nampak bagus.

"Namun, apabila masuk import, pemain tempatan terutama penyerang tidak diberikan peluang. Sebab itu tak ada penyerang tempatan yang menonjol sekarang," ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca