AWANG sebetulnya cuba nak fahamkan apakah maksud 'nak diperincikan lagi'. Awang merujuk pada kenyataan Menteri Kewangan tentang bantuan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Rakyat dan ahli perniagaan sedang nazak. Apa lagi yang ditunggu?
Dua hari lepas, akhbar ini laporkan berita muka satu ‘Hotel kibar bendera putih’. Maksudnya pengusaha hotel dah give up kata orang putih. Sektor perhotelan rugi RM6.3 bilion setakat ini. Sebanyak 120 hotel dah check-out, maksudnya sama ada tutup terus operasi atau tutup sementara.
Ada hotel yang sudah setahun bergelap. Pendeknya dari hotel besar hingga hotel kecil, semua bernafas dalam lumpur. Sektor hospitaliti antara yang paling teruk dilanda musibah Covid-19.
Tak beberapa hari lalu, mereka dalam sektor peruncitan mengeluh. Sama juga keadaannya. Mereka perlu bantuan kerajaan. Begitu juga ratusan ribu syarikat kecil dan sederhana yang derita sekian lama.
Awang harap Menteri Kewangan turunlah ke bawah. Berdialoglah dengan persatuan yang terlibat. Mereka akan berikan kenyataan yang sebenar.
Buat masa ini, tak usahlah bercakap tentang berapa banyak pelaburan luar masuk ke Malaysia. Tak usah nak sebut pelaburan suku tahun kedua lebih baik dari suku tahun yang sama tahun sudah.
Tapi bagi rakyat dan perusahaan yang dalam keadaan nazak mereka nak tanya, mana bantuannya?
Klik di sini untuk terus membaca