KOTA BHARU - Dalam usaha melawan pandemik Covid-19, Jewels Hotel di sini, memperkenalkan beberapa inisiatif bagi memastikan ‘jenamanya᾿ terus kekal relevan dalam pasaran sekali gus menjadi pilihan pengguna di negeri ini. Pengurus Jewels... Klik di sini untuk terus membaca

KOTA BHARU - Dalam usaha melawan pandemik Covid-19, Jewels Hotel di sini, memperkenalkan beberapa inisiatif bagi memastikan ‘jenamanya᾿ terus kekal relevan dalam pasaran sekali gus menjadi pilihan pengguna di negeri ini.

Pengurus Jewels Hotel Kota Bharu, Muhammad Azrin Zainal Abidin berkata, antara inisiatif yang diambil ialah dengan membuka gerai jualan nasi beriani dan hujan panas serta perkhidmatan penghantaran makanan secara terus kepada pelanggan.

"Saya akui situasi ini agak baru buat kami di musim pandemik. Namun sebagai ‘pemain᾿ dalam industri ini kami perlu harunginya dengan sebaik mungkin bagi memastikan Jewels Hotel mampu terus survive walaupun agak perit,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, Jewels Hotel cukup beruntung apabila inisiatif yang diambil itu mendapat sokongan padu daripada pelanggan setia.

Beliau berkata, hal ini dibuktikan apabila warga Jewels Hotel tidak menang tangan dalam memenuhi permintaan pelanggan menerusi jualan nasi beriani dan hujan panas.

Sokongan itu membuktikan jenama Jewels Hotel masih lagi mampu bertahan dalam pasaran sekali gus membangkitkan lagi semangat warga kakitangan untuk terus berjuang melawan pandemik itu.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya turut mendapat kepercayaan dalam kerja-kerja penyediaan makanan untuk mereka yang menerima rawatan di Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Dewan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan di Panji.

ARTIKEL BERKAITAN: Antara 120 hotel yang terpaksa ucap 'selamat tinggal'

120 hotel sudah ‘check out’

Klik di sini untuk terus membaca