TAHUN ini sekali lagi kita perlu berkorban untuk tidak menyambut hari raya korban apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.
Orang Selangor dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur lebih perit kerana terpaksa menempuh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Nak keluar rumah pun tak boleh sampai ada sesetengah tempat dipasang kawat duri.
Ramai yang bertanya Merak Jalanan, sampai bila nak terperuk dalam rumah? Sia-sia rasanya menjalani PKP selama 474 hari sejak dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu. Angka kes Covid-19 masih juga tidak turun-turun, malah naik mencanak-canak.
Sehingga 16 Julai ini, penduduk di kedua-dua negeri ini dipaksa duduk diam di rumah. Hanya seorang saja yang boleh keluar untuk membeli barangan keperluan dan urusan lain yang dibenarkan.
Kesian suami isteri yang PJJ. Terpaksa menanggung kerinduan. Ada datuk yang tidak kenal lagi wajah cucu-cucu sebab terlalu lama tak berjumpa. Nak jumpa orang tua di kampung pun tak boleh. Kehidupan sudah menjadi tidak normal lagi.
Tapi Merak Jalanan rasa, tidak mustahil tempoh dua minggu itu akan dilanjutkan lagi. Nak buat PKP buatlah betul-betul. Ini tidak, rakyat suruh duduk di rumah tapi pemimpin seronok makan durian. Ada juga yang langsung tak bersalah langgar SOP dengan makan di restoran.
Kes bunuh diri dilaporkan meningkat. Ramai peniaga gulung tikar. Bukan sedikit yang kehilangan kerja. Semakin ramai yang angkat bendera putih untuk memohon bantuan. Rakyat semakin tertekan.
Tidak hairanlah semakin ramai rakyat Malaysia yang sakit mental sekarang ini kerana sudah terlalu lama menjalani PKP.
Pasal bendera putih pun boleh bergaduh. Memang gila dibuatnya!
Klik di sini untuk terus membaca