HARI-hari Merak Jalanan melihat Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam televisyen bercakap tentang vaksin.
Merak Jalanan memang memberikan sepenuh keyakinan dan kepercayaan kepada beliau untuk memastikan program vaksin kita mencapai kejayaan.
Bagaimanapun, ada terdengar mulut-mulut ‘puaka’ yang tidak senang hati dengan Khairy.
Mereka dakwa, menteri tersebut terlalu ikut buku dan peraturan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan warga emas diberikan keutamaan untuk mendapat vaksin terlebih dahulu. Mereka kata warga emas yang duduk di rumah berisiko rendah.
Merak Jalanan tidak bersetujulah dengan pandangan yang dilontarkan itu kerana ramai dalam kalangan kita masih ada ibu bapa dan sentiasa inginkan mereka ini mendapat pelindungan.
Bagaimanapun, Merak Jalanan tertarik mengenai hujah mereka mengenai pemberian vaksin kepada golongan yang produktif dalam ekonomi. Ini memang Merak Jalanan sokong sangat.
Orang mulut ‘puaka’ ini cakap, sektor penting dalam negara paling penting sekarang ialah industri berkaitan dengan pengeluaran. Jika sektor itu tidak beroperasi secara optimum maka bekalan makanan menjadi kurang.
Hujah dia lagi, apabila berlaku kekurangan bekalan makanan, inflasi akan meningkat dan harga barang melambung tinggi sekali gus memberikan kesan buruk kepada negara.
Ternganga sekejap mulut Merak Jalanan dengar cerita orang ini. Hujah pertama memang Merak Jalanan tolak metah-mentah tetapi hujah kedua memang masuk dek akal.
Jadi dalam keadaan sekarang ini, memang banyak pihak minta diberikan keutamaan supaya mereka divaksin secepat mungkin. Bagaimanapun, Merak Jalanan sekali lagi yakin bahawa kerajaan akan membuat keputusan tepat sektor mana yang harus diberikan keutamaan.
Klik di sini untuk terus membaca