DALAM wawancara eksklusif dengan Sinar Harian Rabu lepas, Tan Sri Johan Jaaffar tanyakan pada Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tentang mengapa begitu rendah hormat rakyat pada orang politik.
Jawab Ku Li, "(Rakyat) berasa tidak ada tempat mereka boleh bertanya, mendapat penjelasan atau meminta tolong seolah-olah tidak ada harapan untuk masa depan mereka.”
Jikalau melihat situasi politik semasa, memang betullah orang politik pentingkan diri mereka sahaja.
Khamis lalu ketika negara catatkan antara rekod tertinggi jangkitan Covid-19 dalam sehari (8,868 kes dan 135 kematian), pada hari itu juga perhatian tertumpu pada keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
MT buat keputusan untuk tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Rakyat sedang menderita. Banyak yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Macam kata Ku Li di kawasan Parlimen beliau ada yang makan sekali dalam tiga hari. Dalam kalangan rakyat miskin bandar keadaannya tentulah lebih parah.
Tapi apa yang rakyat dapat? UMNO sibuk nak tumbangkan kerajaan yang ada. Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tuntut Tan Sri Perdana Menteri letak jawatan.
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) gembira sebab sah didaftarkan. Pas istiqamah sokong Tan Sri Perdana Menteri. Kerajaan PN kata Tan Sri Perdana Menteri masih Perdana Menteri. Siapa bela nasib rakyat?
Klik di sini untuk terus membaca