KITA semua dibelenggu dengan pandemik Covid-19 hingga ke tahap bosan dan mati kutu tetapi pada masa yang sama tidak banyak pilihan, melainkan terpaksa juga mengambil tahu perkembangan harian kerana setiap aspek berkaitan wabak itu ada kena mengena dengan kehidupan harian kita.
Fikiran kita dengan sekelip mata jadi terganggu apabila melihat video suasana di hospital-hospital kerajaan dengan sampah bertaburan di atas lantai tanpa siapa membersihkannya.
Orang ramai pula terbaring di atas kerusi panjang, sama ada keletihan atau sedang menunggu giliran untuk dirawat.
Para pekerja barisan hadapan ke-lihatan letih dan sugul, malah ada yang lembik terkulai.
Itulah senario terkini situasi di hospital-hospital kita dengan Lembah Klang sudah menghampiri tahap kritikal dan tidak dapat lagi menampung jumlah pesakit yang semakin ramai dan di luar kawalan.
Apa yang berlaku sekarang adalah jumlah yang tidak dapat ditampung itu dihantar ke hospital-hospital di negeri yang berhampiran.
Jika angka pesakit Covid-19 mencecah 10,000 kes sehari, kita tak boleh nak bayangkan di manakah mereka akan ditempatkan.
Situasinya begitu gawat sekali sehinggakan sudah ada hospital kerajaan yang terpaksa mengubah suai lot parkir kereta sebagai wad.
Suka atau tidak, angka positif Covid-19 akan mencecah 10,000 kes sehari. Ia sudah pun mencecah tahap 9,000 kes sehari, maka hanya tunggu masa sahaja untuk sampai 10,000 kes.
Ia telah pun diandaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan beberapa bulan lalu, maka kini apa yang penting adalah bagaimanakah kerajaan hendak mengurus pandemik yang nampaknya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita, sama macam selesema.
Belalang - Makin menerima hakikat Covid-19 kini menjadi sebahagian daripada hidup kita...
Ketika tangan kiri kita sedang menguruskan pandemik, nampaknya tangan kanan kita terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kegawatan politik.
Sementara kita menerima hakikat apa yang sedang berlaku dalam pentas politik sekarang adalah sebahagian daripada amalan dan proses demokrasi tetapi masanya tidak sesuai. Bukan seorang tapi ramai yang berasakan demikian. Bukan juga kerana rakyat menerima cara pengendalian Covid-19 oleh kerajaan sekarang jauh daripada memuaskan tetapi kerana apa yang dilakukan oleh UMNO adalah tidak wajar dengan masa dan tempat.
Rakyat tengah kalut hilang kerja dan stres kerana tidak boleh berniaga dan bergerak, UMNO ada masa nak gagalkan kerajaan dengan menarik balik sokongan ke atas perdana menteri.
Tak ada siapa nak halang kalau nak tarik diri sekalipun tapi tunggulah bagi keadaan dalam negara terkawal dan pulih sedikit, lepas tu nak sokong, tak nak sokong, buatlah. Siapa pun tak marah.
Kalau arahan parti diikuti dan dipatuhi tak apalah juga tapi ini siapa pun buat tak kisah termasuklah ahli-ahli Dewan Rakyat daripada UMNO sendiri. Jika ahli Parlimen, menteri dan timbalan menteri buat tak kisah, pengerusi dan anggota lembaga pengarah GLC lagilah.
Belalang - Belum pernah langgar arahan bos...
Klik di sini untuk terus membaca