SHAH ALAM - Tanpa sedar, pengaruh rakan sebaya menjadi punca ramai masyarakat mengambil vitamin C atau suplemen yang berlebihan tanpa memikirkan kesan sampingan yang boleh dihadapi walaupun dalam usia yang muda.
Erman Rahim, 24, pelajar daripada Universiti Teknologi Mara Malaysia Kampus Segamat, Johor berkata, pengaruh kawan di samping mitos melawan Covid-19 merupakan punca utama mengapa ramai mengambil vitamin C.
"Saya mula mengambil vitamin C ini pada awal tahun apabila diberi secara percuma oleh rakan dan kerana mitos yang kuat mengatakan vitamin C mampu melawan Covid-19 di samping memutihkan kulit.
"Tanpa memikir panjang, saya pun mencubanya selepas melihat kenalan saya begitu aktif mengamalkan produk tersebut dalam diet harian,” katanya kepada Sinar Harian.
Oleh kerana itu, Erman mengalami kesan sampingan dan berhenti mengambil produk tersebut selepas seminggu penggunaan.
"Dalam masa dua jam, apabila saya membuang air kecil dan saya lihat perubahan warna pada air kencing tersebut apabila ia bertukar menjadi sangat kuning.
"Saya juga berasa loya dan pening kepala yang kerap. Oleh itu, saya berhenti menggunakan produk tersebut selepas seminggu,” katanya.
Pembantu akaun, Norizzati Ensa, 25, berkata, dia mengambil suplemen vitamin C selepas dinasihati rakan sekerja. "Saya makan vitamin C dalam tahun 2018 oleh kerana pengaruh rakan sekerja.
Disyorkan artikel berkaitan ini:
'Selesaikan sebelum 26 Julai atau kami mogok'Malaysia akan kekurangan doktor pakarDoktor kontrak frontliners 'pakai buang'?
"Vitamin C itu mengandungi 1000mg untuk satu tablet,” katanya.
"Saya akan demam dan selesema setiap bulan selepas mengambil vitamin C dalam rutin harian.
"Pengajaran untuk saya dan masyarakat adalah supaya lebih berhati-hati dan pastikan dos dalam vitamin C tidak berlebihan,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca