TWITTER dicipta pada peringkat awal sebagai wadah untuk 'curhat’ atau nama penuhnya curahan hati selepas mengharungi kehidupan seharian yang panjang.
Aplikasi yang dibangunkan oleh Jack Dorsey pada 2006 itu hanya membenarkan penggunanya membuat kicauan sebanyak 140 karakter pada peringkat awal.
Mengapa agaknya Dorsey membuat syarat sebegitu ketat? Semua itu bagi mengelak pengguna Twitter menulis sesuatu perkara dengan meleret-leret. Tulis ringkas sahaja. Pada masa itulah timbullah beberapa ringkasan ayat yang popular seperti LOL (laugh out loud), OTW (on the way) dan banyak lagi.
Namun, pada tahun 2017 atas permintaan ramai, jumlah karakter bertambah hingga 280 karakter. Sudah pasti Twitter menjadi pilihan sosial media bagi orang muda, berbanding yang lebih tua akan lebih selesa di Facebook.
Apa yang Merak Jalanan perhatikan, pengisian Twitter yang sebelum ini begitu menghiburkan dengan luahan-luahan melucukan dan sinis semakin lama semakin bertoksik.
Beberapa pengguna Twitter mula 'melondehkan’ mana-mana individu yang tidak disukai atau bermasalah dengan mereka. Segala keburukan dan aib orang yang tidak disukai disebar luas di mana-mana.
Pada pendapat Merak Jalanan, mereka yang melakukan perkara tersebut memang mempunyai niat menjatuhkan reputasi seseorang. Ada pula yang bertanya, apa beza 'melondehkan’ aib di Twitter, berbanding sosial media lain?
Disyorkan artikel berkaitan ini:
Gila! Demi seutas gelang 'pink'
Musang king dah kena tebang, ‘rasuah king’ bila lagi?
Ambil iktibar kes ceroboh hutan di Raub
Ketika seseorang membuat kicauan, orang lain dapat merespons kicauan tersebut dengan memberi komen, like atau mengulang kicauan tersebut.
Interaksi yang berlaku di Twitter sangat mengasyikkan dan lain daripada yang lain. Twitter juga menyenaraikan isu trending sehingga pengguna akan selalu mengemas kini sesuatu yang sedang hangat diperkatakan.
Semua ini berlaku dalam masa sangat pantas. Sebab itulah 'toksik’ disebar luas amat cepat sampai kepada orang lain.
Klik di sini untuk terus membaca