DALAM beberapa hari ini, Merak Jalanan percaya rakyat Malaysia tak sabar menanti pengumuman terbaharu daripada kerajaan.
Tak lain, tak bukan sudah tentu cerita tentang kelonggaran kepada individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.
Maklumlah sudah terlalu lama terkurung dalam rumah dek Perintah Pergerakan Perjalanan (PKP)
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan akan buat pengumuman itu selepas Hari Raya Aidiladha.
Dalam beberapa hari ini mungkin TPM akan umumkan berita gembira tersebut.
Merak Jalanan percaya ramai yang tidak sabar mendengar pengumuman itu − lebih-lebih lagi bagi individu yang sudah lengkap terima dua dos suntikan vaksin Covid-19. Masing-masing tertanya-tanya apa kelonggaran yang akan ‘dihadiahkan’ kerajaan kepada mereka yang ‘cukup syarat’.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu turut membayangkan untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang telah selesai dua dos vaksinasi Covid-19.
Tetapi ada juga cerita yang tak sedap didengar. Dalam pada kerajaan sedang giat mencapai sasaran imuniti berkelompok sebelum hujung tahun ini, masih ada pihak yang ternanti-nanti tarikh suntikan vaksin Covid-19.
Jangan kata suntikan dos kedua, suntikan dos pertama pun tak dapat lagi. Sampai kebas jari sebab sentiasa update MySejahtera tetapi tarikh masih tak muncul-muncul lagi.
Dek kerana terlalu kecewa, ada yang seperti sudah hilang sabar menantikan tarikh keramat itu.
Cuma Merak Jalanan harap kerajaan bijak menangani hal ini. Antara mereka yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin dengan mereka yang belum terima apa-apa suntikan vaksin perlu menapat keadilan yang saksama. Jangan nanti wujud pula frasa antara dua darjat!
Klik di sini untuk terus membaca