AWANG tak suka sesiapapun mogok atau lancar tindakan industri pada saat negara sedang dilanda pandemik Covid-19.
Tidak ada pihak yang patut mengeruhkan lagi suasana. Tambahan pula kalau yang protes atau mogok itu sebahagian daripada frontliners. Mereka adalah doktor kontrak.
Namun begitu Awang simpati dengan mereka. Mereka bekerja keras untuk membantu. Seperti frontliners yang lain mereka menyabung nyawa dan banyak buat pengorbanan. Masa bekerja dan stress yang mereka lalui sama macam orang lain.
Pada pendapat Awang, kerajaan patut ambil perhatian nasib mereka. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) patut beri cadangan yang munasabah untuk meyakinkan mereka.
Janganlah guna cara amaran atau ugutan sahaja seperti yang mereka dakwa. Pihak polis pun ambillah sikap lebih terbuka terhadap tindakan doktor kontrak yang berhimpun di seluruh negara. Mereka memprotes secara aman dan tidak menyusahkan sesiapa.
Ada pihak mengatakan doktor yang protes ini menangguk di air keruh. Mereka sengaja ambil kesempatan dari keadaan yang runcing sekarang untuk kepentingan mereka sendiri.
Tetapi mereka juga ada hak, mereka juga mahukan keadilan. Awang tak fikir mereka berniat jahat.
Hal ini boleh diselasaikan dengan mudah sekiranya pihak KKM dapat berikan pilihan terbaik. KKM pun perlukan tenaga profesional. Mereka sudah ada dalam sistem.
Patutnya mereka diserapkan sahaja atau diberikan lanjutan tempoh kontrak yang lebih munasabah.
Klik di sini untuk terus membaca