DALAM sistem Raja Berperlembagaan seperti Malaysia, institusi diraja patutnya dijunjung tetapi nampaknya pada pendapat ramai orang, kerajaan Tan Sri Perdana Menteri ambil sikap yang berlainan.
Pada hari Khamis lalu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan "rasa amat dukacita” dengan Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara.
Sewaktu menghadap Seri Paduka Baginda secara maya pada 24 Julai lalu, Tuanku telah menasihatkan kedua-duanya bahawa cadangan pembatalan Ordinan Darurat perlu "dibentang dan dibahaskan di Parlimen”. Hal itu tidak berlaku.
Seri Paduka Baginda menegaskan juga bahawa kenyataan Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada 26 Julai "adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Parlimen”.
Awang boleh lihat reaksi ahli Parlimen yang sedang bersidang dan rakyat dengan ‘kemurkaan’ Seri Paduka Baginda itu. Apa yang Awang tidak faham ialah perkara yang berlaku selepas itu.
Pejabat Tan Sri Perdana Menteri pada sebelah petang mengeluarkan satu kenyataan bahawa Perdana Menteri sudah menasihatkan Agong tentang hal pembatalan itu.
Sudah tentulah banyak pihak berpandangan tindakan kerajaan itu salah dan tidak menghormati institusi raja.
Tindakan mempertahankan pembatalan Ordinan Darurat itu adalah tindakan derhaka dan membelakangi kuasa Agong.
Hal itu jadi perdebatan dalam kalangan rakyat masa ini.
Klik di sini untuk terus membaca