AWANG tidak terperanjat kalau Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon dan Tuk Sri Azalina Othman jadi kelam kabut untuk mengawal Dewan apabila isu itu timbul. Awang yakin mereka berdua pun sama terkejut dengan kenyataan... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tidak terperanjat kalau Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon dan Tuk Sri Azalina Othman jadi kelam kabut untuk mengawal Dewan apabila isu itu timbul. Awang yakin mereka berdua pun sama terkejut dengan kenyataan Istana Negara.

Soalan yang orang tanyakan ialah peranan Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Speaker. Beliau bukan sekali ini dikecam kerana sikapnya yang kelihatan berat sebelah tapi cara beliau menangani isu kontroversi itu.

Kita melihat sendiri bagaimana kedua-dua timbalan speaker itu terpaksa bertarung dengan ahli Parlimen yang mendesak banyak hal.

Di sinilah pentingnya peranan Speaker bagi memastikan Parlimen yang terbuka, telus dan berintegriti. Yang peliknya sidang tiba-tiba ditangguhkan dan ancaman Covid-19 bermula di Parlimen.

Kebebasan terakhir untuk bersuara ialah di Parlimen bukan di warung kopi atau di tepi jalan. Ahli Parlimen adalah mereka yang terpilih, bukan sebarangan orang.

Di Dewan yang mulia itu mereka ada imuniti untuk menyampaikan pandangan secara berani dan tanpa ragu.

Tetapi kalau perbahasan tidak dikendalikan dengan adil dan saksama, akan timbullah macam-macam tuduhan dan tempelakan. Orang sudah membuat ketetapan bahawa Speaker berat sebelah.

Oleh sebab itu, selain desakan untuk Tan Sri Perdana Menteri meletakkan jawatan, bersama Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara, Speaker Parlimen juga didesak undur sama.

Awang hormati Speaker Dewan sebagai peguam. Sebelum menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Speaker Dewan Rakyat, beliau terkenal dengan hantaran video "The Art of the Matter” yang membincangkan secara terbuka banyak hal.

Orang bertanya sekarang, ke mana perginya "orang itu”?

Klik di sini untuk terus membaca