SHAH ALAM - "Kalau Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi buat pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN), Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun hendak buat. "Rosaklah parti kalau begitu. Zahid... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - "Kalau Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi buat pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN), Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun hendak buat.

"Rosaklah parti kalau begitu. Zahid pun boleh kata, "Saya dah tutup pintu depan tetapi...." Demikian luahan kekesalan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata demikian susulan Sinar Premium melaporkan terdapat satu pertemuan sulit di antara Ismail Sabri yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM) dengan ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN di Wisma Perwira pada malam Ahad.

Jelas Dr Mohd Puad lagi, Ismail Sabri sebagai seorang TPM perlu menyedari kedudukan beliau dalam parti hanyalah sebagai Naib Presiden dan bukan Presiden atau Timbalan Presiden mahu pun Pengerusi BN sendiri.

"Dia cuma TPM tetapi itu bukan tiket untuk Ismail Sabri 'bulldoze' Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Dia perlu dapat restu Presiden UMNO jika babit soal parti.

"Hatta untuk buat pertemuan dengan MP UMNO dan BN, perlu dapat persetujuan daripada Pengerusi BN.

"Mana boleh Presiden buat perjumpaan, Naib Presiden pun buat perjumpaan pada tarikh dan waktu yang sama," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau pada Isnin.

Pada Ahad malam, SInar Premium melaporkan sejumlah 30 ahli Parlimen BN melaksanakan gerakan mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri melalui satu pertemuan tertutup di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan pada Ahad malam.

Sumber ahli Parlimen BN berkata, pertemuan sulit itu dipercayai diadakan bermula jam 9 malam, namun jumlah sebenar ahli Parlimen BN yang hadir tidak didedahkan.

Jelas beliau, pertemuan sulit itu juga diadakan bagi mendapatkan tandatangan surat akuan ahli-ahli Parlimen BN menyokong Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar terus diberi kepercayaan untuk mentadbir negara ketika ini.

Tambah Dr Mohd Puad lagi, pada ketika ini, UMNO tidak boleh ada dua nakhoda dengan mana-mana pemimpin dalam parti itu tidak boleh sesuka hati mengubah dasar dan keputusan yang sudah dibuat oleh MKT sebelum ini.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang memaklumkan Ismail Sabri diberi kepercayaan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen BN untuk menjadi Ketua Whip mewakili mereka di Parlimen sewaktu ketidakhadiran Ahmad Zahid.

"Apatah lagi dalam perkara yang babit soal dasar parti dan keputusan yang sudah dibuat oleh MKT. Jangan ubah keputusan MKT. Tidak boleh ada dua nakhoda. Pecah UMNO.

"Menurut Nazri Aziz, "Takkan kerana Zahid tiada, maka keputusan tidak boleh dibuat?". Soalnya apakah Presiden (Ahmad Zahid) maklum. Sudahlah itu guna kepala surat BN," katanya lagi.

Klik di sini untuk terus membaca