AWANG suka sangat analogi yang selalu digunakan oleh Datuk Hussamuddin Yaacub setiap kali beliau bercakap tentang pandemik ini.
Katanya, kita patut lihat cara permainan bola sepak. Peminat bola sepak tahu apabila pasukan tunjuk prestasi lemah pada separuh masa pertama, sesuatu mesti dilakukan oleh pengurus dan jurulatih.
Jurulatih kena kaji permainan, bawa masuk pemain baharu dan tukar strategi. Cara kita kendali pandemik ini patutnya begitu juga.
Jurulatih mesti berani. Mesti kenal pasti kelemahan. Kalau puncanya pemain, kena tukar pemain. Bawa masuk pemain baharu yang segar.
Kalau masalahnya taktik permainan, kena tukar cara. Semuanya mesti dibuat untuk selamatkan perlawanan.
Nampaknya, hal ini tak berlaku. Mungkin sudah masanya kita tukar pengurus dan jurulatih kalau begitu.
Bukanlah tujuan Awang nak pandang rendah pada sesiapa. Atau persoalkan kebolehan sesiapa. Tapi Awang fikir rakyat setuju kita perlu perubahan cepat.
Orang-orang besar di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) patut tahu kegagalan mereka.
Awang nasihatkan mereka buatlah keputusan berdasarkan sains, bukan ikut telunjuk orang politik semata-mata. Nanti langsung hilang hormat orang pada mereka.
Kritikan terhadap cara kita kendalikan pandemik ini datang bukan daripada orang sembarang. Mantan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican pun dah bersuara.
Klik di sini untuk terus membaca