SHAH ALAM - Keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri masih lagi sah walaupun UMNO mengumumkan menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Ahli Parlimen Pagoh itu. Pensyarah Kanan Sains Politik,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri masih lagi sah walaupun UMNO mengumumkan menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Ahli Parlimen Pagoh itu.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Teknologi Mara, Mujibu Abd Muis berkata, ia kerana keputusan parti tidak membawa sebarang implikasi kepada kerajaan melainkan ia dilakukan secara perundangan.

Menurutnya, ia boleh dilakukan menerusi Parlimen sama ada tidak menyokong Perdana Menteri secara rasmi melalui undian ataupun mempersembahkan keputusan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui kaedah tertentu.

"Tetapi secara moralnya Perdana Menteri (Muhyiddin) barangkali sudah boleh menjangkakan bahawa kerajaan beliau sudah tidak lagi mempunyai majoriti yang diperlukan kerana hilang sokongan UMNO yang merupakan komponen yang terbesar.

"Justeru, sepatutnya beliau harus segera membawa sembah bagi memulangkan perkara itu untuk ditentukan dalam Parlimen bagi mengelakkan permasalahan lain,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau mengulas situasi semasa politik negara susulan UMNO pada Selasa mengambil pendirian tidak mempertahankan kerajaan PN sekali gus mendakwa keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kini terbatal.

Klik di sini untuk terus membaca