AWANG tak faham kenapa Parlimen ‘dilindungi’ sebegitu rupa. Seolah-olah mesti 100 peratus ‘bersih’ dan ‘bebas’ daripada segala ancaman penyakit. Seolah-olah ahli Parlimen macam dewa dan dewi kayangan yang mesti dipelihara dari... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tak faham kenapa Parlimen ‘dilindungi’ sebegitu rupa. Seolah-olah mesti 100 peratus ‘bersih’ dan ‘bebas’ daripada segala ancaman penyakit.

Seolah-olah ahli Parlimen macam dewa dan dewi kayangan yang mesti dipelihara dari segala bahaya.

Ahli Parlimen wakil kita. Mereka manusia yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di Parlimen. Kita rakyat biasa bekerja di pejabat, di kilang, di jalan, di laut dan di mana-mana sahaja untuk mencari rezeki yang halal.

Ahli Parlimen pula berkhidmat untuk kita. Selain berkhidmat di kawasan masing-masing, tempat kerja mereka ialah di Parlimen.

Kenapa tidak anggap Parlimen macam tempat kerja biasa? Para doktor, jururawat dan petugas kesihatan tak boleh kata hospital tempat kerja yang berbahaya. Mereka tak boleh mengelak daripada bekerja di tempat orang menghidap Covid-19.

Pastikan Parlimen selamat. Semburlah tempat itu dengan segala bahan sanitasi. Kita mahu pastikan ahli Parlimen selamat. Sekarang pun tidak ada ahli Parlimen yang takut nak ke Parlimen. Awang yakin tak ada ahli Parlimen yang nak ponteng jika Parlimen dibuka. Jadi apa masalahnya sampai Parlimen ditutup dan tak boleh bersidang? Ada beberapa kes di Parlimen, kita tutup Parlimen. Nak jaga kepentingan siapa sebenarnya?

Klik di sini untuk terus membaca