SHAH ALAM - Pembuktian fizikal menerusi usul undi percaya di Parlimen adalah ‘vaksin’ yang dapat melindungi kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada terus dicabar keabsahannya. Felo... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pembuktian fizikal menerusi usul undi percaya di Parlimen adalah ‘vaksin’ yang dapat melindungi kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada terus dicabar keabsahannya.

Felo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, cadangan usul undi percaya pada bulan September depan merupakan talian hayat terbaik kerajaan PN.

"Pembuktian fizikal di Parlimen yang merupakan norma demokrasi adalah ‘vaksin’ terbaik yang dapat melindungi kerajaan PN daripada dicabar keabsahannya,” ujar Kok Seong kepada Sinar Harian pada Khamis.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan mendakwa Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti untuk terus mentadbir negara dan perlu segera berundur.

Kata Kok Seong, selain usul undi percaya, satu lagi ‘vaksin’ yang mampu menenangkan gelora politik kerajaan PN adalah keinsafan ahli-ahli politik agar tidak terus berebut kuasa.

"Sesungguhnya, ahli politik daripada kedua-dua pihak, lebih-lebih lagi yang mencetuskan gangguan politik sedang diperhatikan rakyat yang kini mempunyai amat negatif tentang politik.

Teo Kok Seong

"Tidak ada banyak gunanya kepada rakyat walaupun ada pertukaran kerajaan yang kononnya lebih cekap,” katanya lagi.

Tambah Kok Seong, kerajaan baharu akan memerlukan masa untuk menangani krisis kesihatan, ekonomi dan politik yang sedang tenat dihadapi negara.

"Situasi buruk pandemik Covid-19 yang melanda negara kini disebabkan penularan varian Delta yang sangat ganas bukannya disebabkan kegagalan kerajaan semata-mata,” katanya lagi.

Menurut beliau, tempoh kurang daripada dua tahun sebelum berakhirnya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bukan sahaja harus diambil kira, malah diberi perhatian serius terutama dalam hal politik negara demi untuk kebaikan rakyat.

"Yang sangat diinginkan dan diperlukan oleh rakyat ketika ini ialah keinsafan dan kerjasama ahli politik untuk memerangi pandemik Covid-19 dan memastikan Pelan Pemulihan Negara berjalan lancar seperti dijadualkan.

"Keinsafan sebegini daripada ahli politik adalah ‘vaksin’ sebenar yang diperlukan rakyat dan negara ketika ini.

"Bukan semata-mata untuk kerajaan PN tetapi lebih untuk anak watan tanah air tercinta ini,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca