SIAPA yang menduga Tan Sri Perdana Menteri atau Abah membuat langkah yang sedemikian? Banyak orang bayangkan beliau tidak ada pilihan melainkan meletakkan jawatan. Desakan ahli-ahli Parlimen lantang minta dia berundur. Pada waktu yang sama,... Klik di sini untuk terus membaca

SIAPA yang menduga Tan Sri Perdana Menteri atau Abah membuat langkah yang sedemikian? Banyak orang bayangkan beliau tidak ada pilihan melainkan meletakkan jawatan.

Desakan ahli-ahli Parlimen lantang minta dia berundur. Pada waktu yang sama, UMNO buat keputusan menarik balik sokongan.

Tapi Abah lebih licik. Silat terajang Abah memeranjatkan semua orang. Beliau buat sidang akhbar untuk bagi tahu orang-orang yang nak jatuhkan beliau bahawa beliau masih Perdana Menteri.

Kerajaan beliau masih kekal. Yang jadi kecoh adalah parti UMNO. Kesemua menteri UMNO kecuali dua orang sudah letak jawatan daripada kabinet. Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO berdiri di sebelah Abah semasa sidang akhbar bagi menunjukkan sokongan padu.

Makin jelas bahawa UMNO tak sekata dan tak hormat pada presiden. Ada pemimpin UMNO percaya, buat masa ini, tak ada pilihan lain melainkan menyokong Abah.

Ada yang kata bukanlah kerajaan sedia ada 'maksum’ tapi buat masa ini itulah yang terbaik. Ada yang kata yang tak taat pada UMNO patut disingkir.

Abah pun nampaknya pandai guna kesempatan untuk tarik perhatian rakyat. Beliau kata tentangan terhadapnya kerana beliau tak mahu campur tangan urusan mahkamah.

Rakyat seratus peratus sokong Abah dalam hal itu.

Klik di sini untuk terus membaca