AWANG sangka kes Ain Husniza Saiful Nizam dah selesai. Rupanya belum lagi.
Baru-baru ini guru yang dikatakan buat 'lawak rogol’ akan dakwa Ain Husniza dan tuntut RM1 juta.
Khabarnya ada 20 orang peguam yang sedia untuk bantu Ain Husniza dalam kes itu kelak. Mungkin ramai yang lain akan bantu dapatkan sebarang kos melibatkan kes itu di mahkamah.
Isu ini buka mata banyak pihak. Kementerian Pendidikan patut belajar daripada peristiwa berkenaan.
Guru lelaki kena lebih berhati-hati dalam soal ini. Lagipun ia bukan pertama kali lawak rogol jadi isu.
Satu masa dulu ada seorang ahli Parlimen yang buat perkara yang sama di Parlimen.
Tapi dalam kes Ain Husniza, ia berlaku semasa era media sosial. Macam-macamlah reaksi pengguna media sosial. Ada yang menambah buruk keadaan dengan mengecam dan menghina pelajar itu.
Perbuatan guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah membuat lawak semacam itu memang tak boleh dipertahankan.
Sepatutnya guru berkenaan buat penjelasan dan mohon maaf. Mungkin beliau tersalah cakap atau ada pihak yang tersalah tafsir.
Tapi perkara itu jadi isu besar yang mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk ahli politik.
Dalam keadaan kita bercakap tentang kualiti pendidikan yang harus diperbaiki, hal seperti itu tak sepatutnya berlaku.
Banyak pihak bangkitkan dasar pendidikan kita yang dikatakan semakin merosot.
Tambahan pula pelajar tidak bersekolah ratusan hari. Ada yang kata mereka generasi yang hilang.
Klik di sini untuk terus membaca