SEMINGGU ini politik negara panas. Semua kembali sibuk membuat kiraan angka.
Dengan penarikan diri Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan kem beliau, ada yang kata Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya.
Namun, Muhyiddin juga enggan mengalah apabila mengakui masih ada angka majoriti dan sudah mendapatkan perkenan Istana Negara.
Lantas ramai yang bertanya, dalam masing-masing sakan bergasak minggu ini, siapakah yang bakal jadi PM selepas September nanti.
Adakah kekal milik Muhyiddin atau bertukar tangan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Klik di sini untuk terus membaca