SHAH ALAM - Jika sebelum ini angka sebenar ahli Parlimen UMNO di belakang Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi masih menjadi teka-teki dan pertikaian, namun UMNO sebentar tadi menyiarkan 13 surat akuan sumpah (SD) pemimpin yang menarik... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Jika sebelum ini angka sebenar ahli Parlimen UMNO di belakang Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi masih menjadi teka-teki dan pertikaian, namun UMNO sebentar tadi menyiarkan 13 surat akuan sumpah (SD) pemimpin yang menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut disertakan dalam penyiaran itu ialah dua warkah surat yang diutuskan UMNO kepada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan mengenai penarikan sokongan itu masing-masing pada 30 Julai dan 4 Ogos.

Bersama surat tersebut disertakan 13 SD yang ditandatangani kesemua ahli Parlimen terbabit yang mengambil keputusan menarik diri daripada menyokong Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional.

Tiga belas pemimpin yang sah menandatangani SD terbabit ialah:

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)

2. Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian)

3. Datuk Seri Najib Razak (Pekan)

4. Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang)

5. Datuk Seri Mohd Nizar Zakaria (Parit)

6. Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (Baling)

7. Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang).

8. Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands)

9. Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut)

10. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)

11. Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong)

12. Bung Moktar Radin (Kinabatangan)

13. Mohamad Alamin (Kimanis)

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa nampaknya bilangan ahli Parlimen bersama kem Zahid kini sudah mencecah 15 orang.

Ini kerana walaupun tidak menandatangani SD, tetapi Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) sudah memanjangkan surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk berpindah tempat bersama blok pembangkang selain berada di sisi Ahmad Zahid pada sidang media pada Selasa lalu.

Tidak ketinggalan, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad yang sebelum ini dikhabarkan kusut dan pening, akhirnya memutuskan melepaskan jawatan menteri sebagai bukti tidak lagi menyokong Muhyiddin.

Pendedahan bukti terbaru itu kini memberi lebih tekanan kepada Muhyiddin dan juga kem Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengikut kiraan semasa setakat ini, dengan penarikan 15 sokongan UMNO itu, jumlah ahli parlimen menyokong Muhyiddin kini ialah 100 orang.

Jumlah itu terdiri daripada Bersatu (31), UMNO (23) (Kem Ismail Sabri), MIC (1), MCA (2), Pas (18), Parti Rakyat Sarawak (2), SUPP (1), Parti Demokratik Progresif (2), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (13), PBRS (1), PBS (1), Star (1) dan Bebas (4).

Jumlah ahli Parlimen yang tidak menyokong Muhyiddin yang diketuai blok pembangkang ialah 120 orang.

Mereka terdiri daripada (42), PKR (35), Amanah (11), Warisan (8), UPKO (1), PSB (2), Pejuang (4), dua ahli Parlimen Bebas iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar) serta Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan 15 ahli Parlimen UMNO (kem Zahid).

Setakat ini, Muhyiddin mempunyai masa sehingga 6 September ini untuk membuktikan keabsahan kerajaannya selepas mendapat perkenan Agong.

Semua pihak menanti sama ada Muhyiddin akan berjaya melalukan keajaiban dalam tempoh sebulan ini atau Istana Negara akan memanggil ketua-ketua parti politik berdasarkan perkembangan semasa ini.

Bagaimanapun, berdasar perkembangan semasa juga, Ahmad Zahid tidak ketinggalan berdepan tekanan apabila Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) memaklumkan penangguhan pemilihan parti itu adalah tidak sah.

Ia sekali gus menyebabkan kemungkinan keputusan-keputusan besar dibuat Zahid dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO tidak terpakai kerana jawatankuasa parti kini bersifat 'caretaker'.

Klik di sini untuk terus membaca