PRESIDEN UMNO, Tuk Seri Zahid Hamidi persoal pendirian ahli-ahli Parlimen parti itu dalam kerajaan.
Kecuali beberapa orang, yang lain nampaknya terus menyokong kerajaan Tan Sri Perdana Menteri.
Lebih marah lagi Tuk Seri Zahid apabila mereka macam tak endah tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang anggap penangguhan pemilihan parti tidak sah.
Memang patut Tuk Seri Zahid Zahid kecewa. Nampaknya menteri, timbalan menteri dan ahli-ahli Parlimen UMNO yang dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan terus tak peduli arahannya.
Timbalan Perdana Menteri, Tuk Seri Ismail Sabri pula kata, Tuk Seri Zahid tak ada hala tuju yang jelas.
Kata beliau tindakan menarik diri tanpa perancangan yang betul hanya akan merugikan parti.
Kata beliau lagi dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang lalu, dia ada tanyakan apakah perancangan seterusnya jikalau tarik sokongan pada kerajaan Perikatan Nasional (PN). Jawabnya, Presiden ada strategi.
Pada waktu sama, Khairy Jamaluddin terang-terang kata beliau masih dengan UMNO tapi mempunyai masalah kepercayaan dengan Tuk Seri Zahid.
Awang faham kalau ahli UMNO jadi gelisah dengan perkembangan dalam parti.
Dalam keadaan sekarang UMNO dah berpuak-puak.
Memang ahli UMNO sayangkan UMNO, tapi hala tuju UMNO tidak menyenangkan ahli parti.
Ada yang kata bukan Tuk Seri Ismail yang patut letak jawatan tapi Tuk Seri Zahid sendiri.
Klik di sini untuk terus membaca