BUKANLAH Awang nak persoalkan angka pengangguran terbaru yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM).
Sejak setahun lalu, kita diberitahu angka pengangguran negara di sekitar 700,000 orang.
Dua hari lepas pun angka yang dikeluarkan oleh JPM ialah 786,700 orang.
Nampaknya tak banyak berubah daripada angka yang dilontarkan pada kita beberapa bulan selepas pandemik Covid-19 bermula.
Awang bukan pakar statistik. Tapi kalau kita guna ilmu kira-kira zaman dulu pun angka JPM itu boleh kita persoalkan.
Cuba ambil kira berapa banyak syarikat besar, premis perniagaan, syarikat kecil dan sederhana, rangkaian peruncitan dan lain-lain yang memberhentikan atau mengurangkan aktiviti perniagaan dalam masa setahun ini?
Berapa banyak pula mahasiswa yang tidak mendapat pekerjaan? Itu belum lagi lepasan dari sekolah menengah yang tidak melanjutkan pelajaran.
Berapa banyak pula pekerja asing yang tidak bekerja?
Angka 768,700 orang itu pada pandangan Awang yang jahil statistik ini memang tidak munasabah.
JPM patut guna kaedah baharu untuk meyakinkan kita bahawa angkanya tepat atau sekurang-kurangnya mencerminkan realiti di luar.
Awang juga harap Kementerian Buruh akan menyediakan pelan rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk menangani isu pengangguran era pandemik.
Kita tak boleh bergantung pada cara lama lagi. Cara kita menyediakan data juga patutnya diubah.
Bukan cara lama untuk menyenangkan hati mana-mana pihak.
Klik di sini untuk terus membaca