AWANG terkejut dengar titah Tuanku Sultan Johor sewaktu merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan ke-4 Dewan Undangan Negeri Johor baru-baru ini. Baginda bagi amaran keras kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG terkejut dengar titah Tuanku Sultan Johor sewaktu merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan ke-4 Dewan Undangan Negeri Johor baru-baru ini.

Baginda bagi amaran keras kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar berkelakuan baik semasa sidang.

"Jangan cemarkan dewan ini dengan perangai buruk, ini adalah dewan mulia bukan dewan sangkar beruk,” titah baginda.

Memang Tuanku Sultan Johor tak pernah titah berlapik. Baginda cakap apa yang baginda rasa betul.

Baginda fikirkan nasib rakyat jelata yang sekarang sedang menderita akibat pandemik Covid-19.

Pada waktu yang sama, orang politik sibuk nak selamatkan diri dan parti. Banyak masa habis pasal sepak terajang politik.

Di negara lain masalah mereka hanya dua, nak tangani soal Covid-19 dan nak pulihkan ekonomi.

Tapi kita ada satu bala tambahan – perang politik yang tak habis-habis.

Dalam keadaan kes jangkitan cipta rekod baharu sebanyak 21,665 pada hari Khamis lepas, sepak terajang politik masih berlaku.

Tan Sri Perdana Menteri nampak yakin beliau ada sokongan majoriti.

Pada masa sekarang nampaknya lobi-melobi, tarik-menarik dan jual beli sedang rancak berlaku untuk dapat sokongan.

Jadi kita tunggulah apa yang akan berlaku pada 7 September depan. Katanya ada usul undi percaya pada Tan Sri Perdana Menteri.

Selepas itu apa pula? Selesaikah sepak terajang politik?

Klik di sini untuk terus membaca