KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. Menurut laporan The Star, beliau berbuat... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Menurut laporan The Star, beliau berbuat demikian ketika hadir di Hotel Royal Chulan di sini tengah hari tadi.

"Saya sudah tandatangan SD dan saya rasa semua ahli Parlimen UMNO patut sokong, termasuk yang tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Dia (Muhyiddin) bukan lagi Perdana Menteri, jadi tiada sebab untuk tidak tandatangan,” katanya kepada The Star.

Spekulasi mengenai satu gerakan untuk menaikkan Ismail Sabri mula diperkatakan sejak pagi tadi selepas tawaran rentas parti yang dilakukan Muhyiddin pada Jumaat ditolak parti-parti pembangkang.

Langkah mencari satu calon Perdana Menteri yang boleh mendapat majoriti mudah digerakkan selepas kiraan angka mendapat setakat ini tiada pemimpin yang mampu mencapai majoriti mudah 111 sokongan.

Setakat Sabtu, Muhyiddin cuma mempunyai 100 sokongan, Datuk Seri Anwar Ibrahim 92 sokongan, Datuk Seri Zahid Hamidi 15 sokongan dan Tun Dr Mahathir Mohamad 13 sokongan.

Ismail Sabri mungkin dilihat sebagai calon terbaik untuk mendamai dan menyatukan parti UMNO serta Bersatu kembali seperti mana yang pernah dilakukan dalam Langkah Perak pada Januari lalu.

Wartawan mula berkampung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur sejak petang tadi.

Setakat petang tadi, spekulasi Langkah Royal Chulan menyebabkan puluhan wartawan telah mula berkumpul di hotel tersebut.

Wartawan Sinar Premium melaporkan setakat ini wartawan tidak dibenarkan memasuki hotel untuk mendapatkan komen ahli-ahli Parlimen UMNO di situ.

Sebuah portal dalam siaran langsungnya di Facebook sebentar tadi memaklumkan melihat kenderaan dikatakan membawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin meninggalkan Hotel Royal Chulan selepas mengadakan perbincangan tertutup dengan Ismail Sabri.

Klik di sini untuk terus membaca