SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara pada jam 12.22 tengah hari bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong. Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan mesyuarat khas kabinet di pejabat Perdana Menteri di... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara pada jam 12.22 tengah hari bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan mesyuarat khas kabinet di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Sebelum itu, dua kenderaan di naiki Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilihat memasuki Istana Negara pagi tadi.

Kehadiran Idrus dipercayai sebagai penasihat dalam urusan perletakkan jawatan Muhyiddin berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin sebelum ini hilang keabsahan sebagai Perdana Menteri selepas 15 ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap PN dan dirinya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mula menggalas tugas Perdana Menteri pada 29 Februari tahun lalu.

Muhyiddin dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara berhubung peletakan jawatannya. - Foto Bernama

Beliau membentuk Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan turut melantik menteri-menteri daripada antaranya UMNO, PAS untuk menyertai kabinetnya.

Ketika ini, jumlah ahli Parlimen menyokong Muhyiddin ialah 100 orang.

Jumlah itu terdiri daripada Bersatu (31), UMNO (23) (Kem Ismail Sabri), MIC (1), MCA (2), Pas (18), Parti Rakyat Sarawak (2), SUPP (1), Parti Demokratik Progresif (2), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (13), PBRS (1), PBS (1), Star (1) dan Bebas (4).

Jumlah ahli Parlimen yang tidak menyokong Muhyiddin yang diketuai blok pembangkang ialah 120 orang.

Mereka terdiri daripada (42), PKR (35), Amanah (11), Warisan (8), UPKO (1), PSB (2), Pejuang (4), dua ahli Parlimen Bebas iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar) serta Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan 15 ahli Parlimen UMNO (kem Zahid).

Klik di sini untuk terus membaca