SHAH ALAM - Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengucapkan terima kasih atas jasa dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Kami berdiri teguh dan bangga dengan kamu Tan Sri Presiden.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengucapkan terima kasih atas jasa dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kami berdiri teguh dan bangga dengan kamu Tan Sri Presiden. Terima kasih atas jasa dan kepimpinan anda. Kami akan kembali dengan lebih kuat, Insya-Allah," katanya melalui kenyataan di Facebooknya hari ini.

Kenyataan itu menjadi tanda tanya adakah Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu akan meletak jawatan hari ini.

Muhyiddin ketika itu mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara selepas selesai mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya.

Muhyiddin sebelum ini hilang keabsahan sebagai Perdana Menteri selepas 15 ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap PN dan dirinya.

Ketika ini, jumlah ahli Parlimen menyokong Muhyiddin ialah 100 orang.

Jumlah itu terdiri daripada Bersatu (31), UMNO (23) (Kem Ismail Sabri), MIC (1), MCA (2), Pas (18), Parti Rakyat Sarawak (2), SUPP (1), Parti Demokratik Progresif (2), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (13), PBRS (1), PBS (1), Star (1) dan Bebas (4).

Jumlah ahli Parlimen tidak menyokong Muhyiddin yang diketuai blok pembangkang pula ialah 120 orang.

Mereka terdiri daripada (42), PKR (35), Amanah (11), Warisan (8), UPKO (1), PSB (2), Pejuang (4), dua ahli Parlimen Bebas iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar) serta Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan 15 ahli Parlimen UMNO (kem Zahid).

Klik di sini untuk terus membaca