SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak pernah terlintas untuk menamakan dirinya sebagai Perdana Menteri sepanjang pergelutan politik yang berlaku.
Malah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan, beliau terkilan apabila dilemparkan segala tuduhan terhadap dirinya berhubung kemelut berkenaan.
"Sebagai manusia biasa, pastinya saya tidak dapat menyembunyikan perasaan terhiris apabila pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan ke atas diri saya, sepanjang kemelut politik yang berlaku ini.
"Demi kepentingan rakyat dan negara ketahuilah, saya tidak pernah terlintas untuk menamakan diri saya sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai sebuah parti terbesar," katanya pada Isnin.
Ahmad Zahid turut menambah, UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai pengalaman luas dan panjang dalam mentadbir negara akan mempertimbangkan beberapa calon untuk jawatan Perdana Menteri.
"Sehubungan itu, saya mengharapkan kerjasama serta sokongan semua ahli-ahli Parlimen," katanya.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Kenyataan Zahid tersebut sekali gus menolak laporan beberapa portal sebelum kononnya Zahid akan menamakan dirinya sendiri sebagai perdana menteri.
Klik di sini untuk terus membaca