PADA hari Isnin 16 Ogos lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Perdana Menteri (PM). Sejarah akan ingat beliau sebagai PM paling singkat mentadbir negara.
Sejarah negara juga tercipta dengan rekod khidmat timbalan perdana menteri paling singkat, selama 41 hari.
Siapa yang jatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN)? Tentulah bukan PKR, Amanah, DAP atau mana-mana parti lain.
Melainkan kalau ada yang percaya konspirasi mengatakan CIA masuk campur atau ada agenda Yahudi dalam menjatuhkan PN!
UMNOlah yang menyebabkan tumbangnya kerajaan yang kononnya mewakili kepentingan ‘Melayu/Islam’.
Dulu Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan kerana dikatakan ‘tak cukup Melayu/Islam’.
Masa itu ada konspirasi mengatakan bahawa DAP tunggangi PH. Ada agenda DAP nak hakis kekuatan Melayu melalui PH.
Kita tahu ada tiga kelompok besar dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO. Yang pertama kumpulan yang mahukan UMNO bersama PN.
Yang kedua, mereka yang tak berjawatan lantang menolak kerjasama dengan PN. Yang ketiga, kluster mahkamah yang anggap Tan Sri Muhyiddin ‘tak membantu’ mereka.
UMNO hilang kuasa bersama kejatuhan PN. Patutnya UMNO perkuat kedudukan dalam PN.
Lagipun menteri UMNO berada dalam kedudukan kementerian yang strategik. Tapi UMNO silap langkah. UMNO akan lebih retak selepas ini.
Klik di sini untuk terus membaca